Thursday, 29 January 2015

Bantuan Bencana Alam di Beaufort dan Mambakut



Misi Bantuan Banjir 

25.1.2015 (Ahad)

Membakut & Beaufort


Menghulurkan bantuan, mengagih keperluan.

Terima kasih kepada Penyumbang.










Program Pencerdasan Komuniti



Rancangan membangun upaya umat. 
Tenaga Infaq & Prihatin menguatkan kebangunan Pendidikan Fardhu Ain 
dan tuntutan Fardhu Kifayah di Pedalaman Sabah.

Sumbangan komuniti diraih untuk melunaskan misi Program Pencerdasan Komuniti. 

Hulurkan INFAQ anda untuk kesejahteraan Umat.




Mohon sebarkan.


Kempen Kembali ke Sekolah 2015



Demi pendidikan anak-anak di pedalaman Sabah. 
Program Infaq dan Prihatin masuk ke perkampungan. 
Menghulur sumbangan masyarakat untuk keperluan awal persekolahan.

#KempenKembaliKeSekolah


Semoga anak-anak ini berjaya. 
Menabur jasa, kembali menyumbang kepada umat












Wednesday, 28 January 2015

INFAQ DAN PRIHATIN 2015


Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kami nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah maha mengetahuinya" (al-Baqarah : Ayat 215)

Ayat di atas sudah cukup menjadi asas yang kukuh, menjawap kepada persoalan kenapa masyarakat harus menyumbang dan menginfaqkan harta mereka untuk dinafkahkan kepada golongan bekeperluan.

Bertitiktolak dari keperluan masyarakat yang harus dibela, frasa ini membawa 3 rangkaian jemaah bergabung iaitu, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Angatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Sabah Islamic Student Movement (SISMA) untuk menjadi orang tengah, mengurus sumbangan, infaq daripada masyarakat prihatin dihulurkan kepada golongan memerlukan. Sudah tiba masanya, jenama "Infaq & Prihatin" dibudayakan bukannya hanya dihebah melalui retorik dan semangatan segolongan masyarakat yang hanya tahu bercakap, tetapi budaya "Infaq dan Prihatin" perlu diterjemah kepada suatu praktis yang realiti.

Usaha ini seolah-olah menjadi tuntutan yang mendesak, lantaran bertambah ramai, golongan-golongan yang terpinggir jauh dari pembelaan. Setidak-tidaknya, dana yang dipungut dari masyarakat dapat disalurkan kepada yang selayaknya. Usaha "Infaq & Prihatin" dikendalikan sepenuhnya oleh WADAH ABIM dan SISMA, yang merupakan satu tindakan proaktif mengumpul dana daripada masyarakat untuk diagihkan kepada golongan sasar. 

Usaha ini ditafsir melalui beberapa program berskala besar, antaranya program pencerdasan komuniti yang mendasari pentarbiayahan saudara baru di pedalaman, bantuan bencana alam kepada mangsa-mangsa bencana banjir dan kebakaran, kempen kembali ke sekolah bagi membantu keluarga miskin untuk mendapatkan keperluan peralatan, program kecemerlangan anak yatim yang mendedahkan keberkesanan pendidikan sahsiah dan akademik, Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma yang meraih derma sepanjang Ramadhan dan banyak lagi.

Diharapkan, usaha ini mendapat sokongan masyarakat. Semoga ia mendatangkan manfaat buat kita semua, yang sudi membantu golongan yang serba kekurangan.