Wednesday, 3 June 2015

KEMPEN SINAR RAMADHAN AL MUBARAK 1436H BERMULA


PROGRAM SINAR RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H


"Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadam api"
-HR Tirmidzi, Sahih At Tirmidzi 614-


Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelang, Infaq Prihatin akan meneruskan misi pembelaan nasib golongan kurang bernasib baik dengan menyantuni golongan asnaf seperti fakir, miskin dan muallaf serta golongan anak yatim.

2 Program yang dilaksanakan, iaitu Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma dan Sungkai @ Pedalaman Sabah. 

Countdown Ramadhan sudah dimulakan dengan mempromosikan program-program Infaq Prihatin sepanjang Bulan Ramadhan 1436H. Untuk Sumbangan Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma, kami mensasarkan 2000 keluarga/penerima sumbangan yang mendapat manfaat sumbangan di minggu pertama dan kedua Ramadhan. 

Sumbangan 2000 seterusnya akan dilaksanakan 2 minggu berikutnya. Oleh yang demikian, pihak penganjur amat memerlukan sumbangan daripada masyarakat untuk menyumbang sehingga sasaran 2000 penerima boleh dipenuhi.

Sumbangan boleh disalurkan terus di Bank Kumpulan Dana atau sumbangan boleh diberikan terus kepada sekretariat atau dihantar di lokasi pengumpulan barang sumbangan di 3 lokasi; 1. Pejabat Operasi Infaq dan Prihatin di alamat tertera; 2. Masjid Bandaraya; 3. Surau Sempelang.

Orang ramai dialu-alukan menyumbang sekurang-kurangnya menyebarkan iklan yang dikeluar/disebarkan melalui Media Infaq Prihatin. Semoga dengannya berita dan usaha ini akan dapat diperluas dan membantu lebih ramai golongan kurang bernasib baik di seluruh Negeri Sabah khususnya.


KEMPEN SEKAMPIT BERAS SEKOTAK KURMA



SUNGKAI @ PEDALAMAN SABAH


No comments:

Post a Comment