Monday, 20 April 2015

SURAU KG. SEDUL, RANAU


Alhamdulillah, Pembaikan Surau Kg. Sedul bertambah baik dijalankan. Hasil sumbangan daripada masyarakat prihatin, surau ini akhirnya dapat diimarahkan dengan beberapa aktiviti kecil seperti Halaqah Ilmu, Mengaji Quran dan Kelas Fardhu Ain.

Walaubagaimanapun, Surau ini belum siap dibaiki sepenuhnya. 
Sumbangan berterusan untuk tujuan penambahbaikan struktur bangunan surau dan kelangsungan aktiviti keagamaan amat diperlukan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun Infaq dan Prihatin melalui:
1. Tabung Prihatin ABIM, 10016010081157 (Bank Islam)
2. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 105590003849 (Affin Bank)
#‎Sebarkan‬
‪#‎Sumbangan‬
‪#‎Derma‬
‪#‎infaqprihatin‬
#Surau
#majlisilmu
#aktivitiagama

Terima kasih.





Saturday, 18 April 2015

Bimbingan UPSR berkala


Alhamdulillah, Program Kecemerlangan Anak Yatim "Cemerlang UPSR" sudah memulakan strategi pertamanya dengan pelaksanaan Bimbingan UPSR secara berkala yang akan diadakan 2 kali setiap bulan.
Terima kasih kepada sukarelawan yang sudi menghulurkan bantuan. Semoga adik-adik di dua lokasi yang disasarkan, Home Tuaran dan Rumah Putera Harapan, Ranau mendapat manfaat dan beroleh kejayaan mencapai 5A dalam UPSR melalui program ini.

Sumbangan masyarakat dalam menjayakan misi pembelaan pendidikan ini amat diperlukan.
Salurkan sumbangan anda ke akaun Infaq dan Prihatin melalui:

1. Tabung Prihatin ABIM, 10016010081157 (Bank Islam)
2. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 105590003849 (Affin Bank)


Terima kasih.

Bimbingan UPSR berkala bulan April.