Monday, 23 March 2015

Program Kecemerlangan Anak Yatim Siri Khas "Cemerlang UPSR"


Alhamdulillah, Program Kecemerlangan Anak Yatim Siri khas "Cemerlang UPSR" telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam, melibatkan 48 Orang Murid yang datang dari latar keluarga Yatim dan Miskin.

Program yang bertempat di HOME Tuaran ini, memfokuskan kepada pendedahan teknik dan kemahiran belajar subjek-subjek teras UPSR seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Dengan kerjasama daripada pakar dari IPGM Kampus Kent Tuaran serta guru pakar dari sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah, program ini dianggap berjaya mencapai objektifnya. Selain menarik minat murid dalam subjek yang diterapkan, pelajar mampu bergaul dengan rakan perlbagai sekolah, dan terlibat dalam latihan pembangunan kendiri, kerohanian, jati diri dan motivasi.

3 rumah anak yatim yang terlibat, HOME Tuaran, Rumah Putera Harapan Ranau, Gerak Kasih Likas dan 3 buah sekolah sekitar Daerah Tuaran juga terpilih, SK. Serusup, SK. Sungai Damit dan SK. Gayang. 

Pihak penganjur bakal meneruskan lagi Program Kecemerlangan Anak Yatim untuk siri Pemantapan Subjek UPSR pada siri yang seterusnya. Sudah pasti, penganjur mengharapkan bantuan dan sumbangan dalam kalangan masyarakat dalam menjayakan misi membantu anak-anak ini mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Terima kasih kepada penyumbang tenaga, wang ringgit dan masa dalam menjayakan program ini bersama. Tahniah diucapkan kepada peserta dan semoga berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR kelak.
































BORANG SUMBANGAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Buat Seluruh Penyumbang yang murah hati dan prihatin, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan/derma yang disalurkan, demi membela golongan berkeperluan. InsyaAllah, Allah jugalah akan membalas setimpalnya atas belas ihsan kalian. Terima kasih, kerana bersama sebahagian daripada usaha memberi sumbangan kepada beberapa program di bawah Infaq dan Prihatin.

Borang Sumbangan di bawah boleh dimuatturun untuk diisi dan kemudian dihantar melalui Pos / Email / Lampiran di Facebook / Whatsapp / atau terus ke Pejabat Sekretariat. Terima kasih.


Sumbangan Terus Boleh disalurkan atas nama,

1. Tabung Prihatin ABIM, 10016010081157 (Bank Islam)
2. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 105590003849 (Affin Bank)



Thursday, 12 March 2015

HUBUNGI KAMI


ALAMAT

TINGKAT 1, NO. 29, LORONG GRACE SQUARE, SEMBULAN,
88100, KOTA KINABALU, SABAH.

NO. TELEFON

088-234345 (PEJABAT)
013-5519772 (SYAHMI)
013-8674596 (WAN ZAINUDDIN)


NO. FAKS

088-212080

EMAIL

spasabah15@gmail.com

FACEBOOK

INFAQ DAN PRIHATIN
https://www.facebook.com/infaq.danprihatin

BLOG

http://infaqdanprihatin.blogspot.com



Wednesday, 11 March 2015

Program Kecemerlangan Anak Yatim Siri Khas "Cemerlang UPSR"


Program Kecemerlangan Anak Yatim dan Miskin Siri Khas "Cemerlang UPSR" bakal berlangsung pada 16-18 Mac 2015 di Home Tuaran​ melibatkan 50 Orang Anak Yatim dan Miskin Sekitar Negeri Sabah.

Program ini bertujuan menarik minat belajar dalam kalangan peserta dan kemahiran belajar subjek UPSR berkesan. Infaq Dan Prihatin​ mensasarkan peserta program akan memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam UPSR tahun 2015. 

Rancangan ini disokong oleh beberapa pakar/pensyarah dari IPGM Kampus Kent Tuaran dan Guru Cemerlang yang turut mengisi dalam setiap slot subjek UPSR sepanjang Program.

InsyaAllah, siri kecemerlangan UPSR ini akan diteruskan ke 2 siri lagi sebelum para pelajar akan berhadapan dengan peperiksaan sebenar. Para sukarelawan akan memantau dan membuat penilaian berpanjangan terhadap prestasi peserta, dan akan membantu pelajar dalam akademik sepanjang pelaksanaan program kecemerlangan ini.

Bagi membantu program ini berjalan lancar, sumbangan masyarakat amat diperlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke:

1. Tabung Prihatin ABIM, 10016010081157 (Bank Islam)
2. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 105590003849 (Affin Bank)

‪#‎Sebarkan‬
‪#‎Sumbangan‬
‪#‎Derma‬
‪#‎infaqprihatin‬

Terima kasih kerana prihatin dengan nasib golongan anak yatim dan miskin. Semoga Allah membalas jasa dan sumbangan kalian dengan pahala dan ganjaran yang melimpah ruah.