Wednesday, 11 March 2015

Program Kecemerlangan Anak Yatim Siri Khas "Cemerlang UPSR"


Program Kecemerlangan Anak Yatim dan Miskin Siri Khas "Cemerlang UPSR" bakal berlangsung pada 16-18 Mac 2015 di Home Tuaran​ melibatkan 50 Orang Anak Yatim dan Miskin Sekitar Negeri Sabah.

Program ini bertujuan menarik minat belajar dalam kalangan peserta dan kemahiran belajar subjek UPSR berkesan. Infaq Dan Prihatin​ mensasarkan peserta program akan memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam UPSR tahun 2015. 

Rancangan ini disokong oleh beberapa pakar/pensyarah dari IPGM Kampus Kent Tuaran dan Guru Cemerlang yang turut mengisi dalam setiap slot subjek UPSR sepanjang Program.

InsyaAllah, siri kecemerlangan UPSR ini akan diteruskan ke 2 siri lagi sebelum para pelajar akan berhadapan dengan peperiksaan sebenar. Para sukarelawan akan memantau dan membuat penilaian berpanjangan terhadap prestasi peserta, dan akan membantu pelajar dalam akademik sepanjang pelaksanaan program kecemerlangan ini.

Bagi membantu program ini berjalan lancar, sumbangan masyarakat amat diperlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke:

1. Tabung Prihatin ABIM, 10016010081157 (Bank Islam)
2. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 105590003849 (Affin Bank)

‪#‎Sebarkan‬
‪#‎Sumbangan‬
‪#‎Derma‬
‪#‎infaqprihatin‬

Terima kasih kerana prihatin dengan nasib golongan anak yatim dan miskin. Semoga Allah membalas jasa dan sumbangan kalian dengan pahala dan ganjaran yang melimpah ruah.



No comments:

Post a Comment