Monday, 23 February 2015

Projek Pencerdasan Komuniti Kg. Seri Pagi, Beluran.



“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Q.S. Ali Imran [3]: 104)

Alhamdulillah, satu lagi Program Pencerdasan Komuniti dan Infaq&Prihatin Anjuran WADAH, ABIM dan SISMA berlangsung dengan jayakan.

Selama 3 hari 2 malam, 20-22 Februari 2015, di Kg. Seri Pagi, Daerah Beluran, menyantuni masyarakat di pedalaman yang dhaif dari segi kemudahan, dan naif dari segi pengetahuan agama.

Antara aktiviti pencerdasan yang dilakukan ialah khidmat komuniti, sumbangan Naskhah Al-Qur'an, Telekung, Sejadah, Iqra, buku panduan Solat, pakaian dan beberapa keperluan asas, usrah dan kuliah agama (Fardhu Ain, Fardhu Kifayah)

Terima kasih kepada penyumbang.
Sumbangan Terus Boleh disalurkan atas nama,

1. Tabung Prihatin ABIM, 10016010081157 (Bank Islam)
2. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 105590003849 (Affin Bank)


















No comments:

Post a Comment