Surau Kg. Sedul yang siap dibina pada tahun 1986 mula terbiar apabila struktur bangunan surau ini telah mereput dan tidak lagi selesa digunakan sebagai tempat ibadah dan perkumpulan masyarakat. Dinding, bumbung, tiang dan lantai yang rosak, menyebabkan surau ini tidak lagi dapat diimarahkan.
Sejak tahun 2014, Infaq Dan Prihatin melalui Projek Pembinaan dan Pembaikan Surau sedaya upaya membantu surau ini dibina semula dan ditambahbaik dari semasa ke semasa, selepas lebih 28 tahun surau ini bertapak.
Namun, peruntukan yang sederhana melambatkan proses pembinaan Surau Kg. Sedul. Pelaksana Infaq dan Prihatin dengan ini mengajak seluruh masyarakat untuk menyumbang demi kesejahteraan masyarakat untuk membangunkan semula surau di kampung ini.
Hulurkan sumbangan anda, selagi surau ini bermanfaat kepada masyarakat, selagi itu manfaatnya mengalir kepada penyumbang.
Bank Islam, atas nama TABUNG PRIHATIN ABIM, No. Akaun, 10016010081157.
#Sebarkan. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment