Wednesday, 4 November 2015

KAWASAN PENGUMPULAN SMBANGAN SEKAMPIT BERAS SEKOTAK KURMA


Sempena Program Sinar Ramadhan Al Mubarak 1436H yang akan dilancarkan menjelang Ramadhan, sukarelawan Infaq Dan Prihatin akan membuka Pusat-pusat Pengumpulan Sumbangan di beberapa buah kawasan.

Para penyumbang boleh menyalurkan sumbangan seperti beras, kurma, kopi, milo, gula, tepung, garam dan sebagainya, cek atau cash terus ke pusat pengumpulan yang disediakan.

Kaedah ini dijalankan untuk memudahkan penyumbang seluruh Sabah menyalurkan sumbangan di daerah-daerah/kawasan yang terdekat.

Tuan puan yang sudi menjadi sukarelawan untuk mengumpul sumbangan di kawasan masing-masing juga turut dialu-alukan. Maklumkan kepada sukarelawan untuk dimaklumkan kepada orang ramai.



No comments:

Post a Comment