Monday, 23 February 2015

Projek Pencerdasan Komuniti Kg. Seri Pagi, Beluran.



“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Q.S. Ali Imran [3]: 104)

Alhamdulillah, satu lagi Program Pencerdasan Komuniti dan Infaq&Prihatin Anjuran WADAH, ABIM dan SISMA berlangsung dengan jayakan.

Selama 3 hari 2 malam, 20-22 Februari 2015, di Kg. Seri Pagi, Daerah Beluran, menyantuni masyarakat di pedalaman yang dhaif dari segi kemudahan, dan naif dari segi pengetahuan agama.

Antara aktiviti pencerdasan yang dilakukan ialah khidmat komuniti, sumbangan Naskhah Al-Qur'an, Telekung, Sejadah, Iqra, buku panduan Solat, pakaian dan beberapa keperluan asas, usrah dan kuliah agama (Fardhu Ain, Fardhu Kifayah)

Terima kasih kepada penyumbang.
Sumbangan Terus Boleh disalurkan atas nama,

1. Tabung Prihatin ABIM, 10016010081157 (Bank Islam)
2. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 105590003849 (Affin Bank)


















Sunday, 22 February 2015

Projek Wakaf Buku



Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat".

Projek Wakaf Buku, adalah suatu usaha mendidik umat dengan budaya ilmu, membawa sebuah harapan agar masyarakat cintakan ilmu dengan amalan membaca.

Buku-buku yang dibeli melalui sumbangan anda, akan kami salurkan di Masjid, Surau, Sekolah Agama dan Perkampungan yang kurang mendapat akses ilmu yang meluas.

Selain sumbangan dana, penyumbang juga boleh menderma buku-buku agama, bahan bacaan dan bahan rujukan ilmiah terpakai.

Semoga Pesan Rasulullah saw agar menyebarkan ilmu akan dapat diimarahkan. 

Selamat Menderma.

#sumbangan
#infaqprihatin
#wakafbuku
#derma





Tuesday, 17 February 2015

Lawatan Pencerdasan Komuniti Kg Sedul



Program Pencerdasan Komuniti
Kg. Sedul 15 Februari 2015.


Antara aktiviti yang dilaksanakan.
1. Penyerahan Dana Pembaikan Surau Kg. Sedul
2. Penyerahan naskhah buku di bawah Program Wakaf buku
3. Ceramah Agama
4. Sumbangan Pakaian Terpakai

Terima kasih kepada penyumbang.

Sumbangan Terus Boleh disalurkan atas nama,
1. Tabung Prihatin ABIM, 10016010081157 (Bank Islam)
2. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 105590003849 (Affin Bank)
















Sunday, 1 February 2015

Projek Pembinaan Pembaikan Surau


Surau Kg. Sedul yang siap dibina pada tahun 1986 mula terbiar apabila struktur bangunan surau ini telah mereput dan tidak lagi selesa digunakan sebagai tempat ibadah dan perkumpulan masyarakat. Dinding, bumbung, tiang dan lantai yang rosak, menyebabkan surau ini tidak lagi dapat diimarahkan.

Sejak tahun 2014, Infaq Dan Prihatin melalui Projek Pembinaan dan Pembaikan Surau sedaya upaya membantu surau ini dibina semula dan ditambahbaik dari semasa ke semasa, selepas lebih 28 tahun surau ini bertapak.

Namun, peruntukan yang sederhana melambatkan proses pembinaan Surau Kg. Sedul. Pelaksana Infaq dan Prihatin dengan ini mengajak seluruh masyarakat untuk menyumbang demi kesejahteraan masyarakat untuk membangunkan semula surau di kampung ini. 

Hulurkan sumbangan anda, selagi surau ini bermanfaat kepada masyarakat, selagi itu manfaatnya mengalir kepada penyumbang.

Bank Islam, atas nama TABUNG PRIHATIN ABIM, No. Akaun, 10016010081157.
‪#‎Sebarkan‬. Terima kasih.